Sewaktu
sekolah ini mula beroperasi
di lokasi baru pada tahun 2003 sehingga 2007,
sekolah ini hanya boleh dihubungi dengan mengunakan laluan darat atau
menggunakan sungai. Jalan darat ialah laluan lori balak yang mana boleh
dilalui oleh kenderaan pancuan empat roda 4x4 ataupun motosikal sahaja.
Keadaan menjadi bertambah becak dan licin dan sukar dilalui apabila
cuaca hujan, manakala berdebu apabila tiba musim kemarau yang panjang.
Pada bulan Januari tahun 2008, jalan raya berturap telah pun dapat
digunakan sepenuhnya. Dengan adanya jalan raya ini, maka segala
kesulitan terutamanya perhubungan yang sekian lama dirasai telah
berakhir. Tempoh masa untuk sampai ke bandar Kuala Lipis hanya mengambil
masa kira-kira dua jam sahaja denga menaiki kereta. Segala urusan
penting dapat disegerakan penghantaran ke lokasi masing-masing.
Jalan raya berturap memudahkan perhubungan dan pengakutan